enjoy

CELIK IT


SEJARAH KOMPUTER


Tahukah anda bahawa komputer yang anda gunakan pada hari ini telah berkembang teknologinya sejak 6 dekad yang lepas, bahkan pada ianya dicipta, anda mungkin belum dilahirkan lagi. Sejarah perkembangan komputer telah lama bermula iailu sejak tahun 1940 dan dapat dibahagikan kepada 4 generasi dari menggunakan elektronik sepenuhnya sehinggalah kepada penggunaan mikro komputer.

Mari kita lihat perkembangan generasi komputer yang telah dihuraikan oleh pengkaji-pengkaji bidang ini.


1) GENERASI PERTAMA (1940-1959)

Komputer dihasilkan adalah elektronik sepenuhnya. Saiznya agak besar (hampir menyamai sebuah bilik tidur) dan dikategorikan kepada Kerangka Utama (Mainframe), la menggunakan tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil yang cepat panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan amat banyak agar tidak menjejaskan keupayaan komputer. la juga menggunakan tenaga elektrik dengan banyak.
Pada tahun 1946, menyaksikan komputer elektronik sepenuhnya direka oleh Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert telah mencipta ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator). ENIAC mengambil ruang sebanyak 140 meter persegi, berat 30 ton, menggunakan 130 kilowatt tenaga dan 1800 tiub vakum. Ingatannya disimpan diluar dengan menggunakan suiz dan wayar. la berupaya melakukan 5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat. la dikendalikan oleh hanya jurutera terlatih. John Von Neumann akhirnya mencadangkan penggunaan Konsep Aturcara Tersimpan iaitu komputer menyimpan ingatan di dalam storan utama. la menggunakan nombor binari.
Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert sekali lagi mencipta EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub vakum. la lebih cekap dari ENIAC dan menggunakan Konsep Aturcara Tersimpan. EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) yang menggunakan raksa dan tiub vakum untuk menyimpan ingatan telah dicipta. UNIVAC1 (Universal Automatik Calculator) ciptaan Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert mula dikeluarkan pada tahun 1951 adalah komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. la juga menggunakan raksa untuk storan.


2) GENERASI KEDUA (1959-1964)

Transistor dan diod digunakan bagi menggantikan tiub vakum walaupun ia mudah terbakar. Cara baru untuk menyimpan ingatan iaitu Teras Magnetik diperkenalkan. la menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litar elektrik. Keupayaannya memproses lebih besar. la mula menggunakan bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi iaitu FOTRAN(1954) dan COBOL(1959) bagi menggantikan bahasa mesin. Minikomputer dihasilkan. la lebih murah dan lebih kecil berbanding dengan Kerangka Utama. la digunakan bagi tujuan memproses data perniagaan, universiti selain di bidang ketenteraan. (Contoh : DEC PDP-8, IBM 7090 dan IBM 7094)


3) GENERASI KETIGA (1964-1980)

la bermula apabila IBM (Internatinal Business Machine) memperkenalkan Sistem/360 iaitu Kerangka Utama yang mengandungi alatan-alatan yang lengkap bagi memenuhi semua keperluan pengaturcaraan pada masa tersebut.Sistem/360 memperkenalkan ciri baru Sistem Pengoperasian iaitu Konsep Perkongsian Masa. Sistem ini adalah satu kumpulan aturcara yang mengurus dan menyelaras keseluruhan operasi komputer, la memudahkan penggunaan komputer. Disimpan secara kekal dalam Ingatan Utama (ROM) komputer atau storan sekunder.
Konsep ini membenarkan penggunaan banyak stesen secara berasaingan dan dikawal oleh Sistem Induk dimana pemprosesan boleh dilakukan serentak pada sesuatu masa walaupun stesen yang lain digunakan. Supercomputer seperti Cray-1 diperkenalkan bagi mengkaji cuaca dan alam semulajadi.


4) GENERASI KEEMPAT (1980-sekarang)

Penyelidikan microelektronik telah berjaya menghasilkan Litar Bersepadu/Terkamir atau Cip dimana beribu transistor dipadatkan didalam kepingan empat segi silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration). Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. MicroKomputer merupakan yang terkecil didalam keluarga komputer digital mula dinasilkan seperti Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair.
Bahasa pengaturcaraan BASIC, Pascal, PL/1 C dan Logo mula digunakan. Kebanyakan komputer dibekalkan dengan bahasa secara "bina-dalam" di dalam ROM untuk bahasa BASIC. Bahasa ini merupakan bahasa yang paling popular untuk microkompuler. Perisian tambahan juga diperkenalkan bagi membantu penyelesaian masalah. Laptop, Notebook, Handheld dan Palmtop diperkenalkan. la lebih kecil dari Microkomputer serta mudah dibawa ke mana-mana. Internet iaitu Sistem Rangkaian yang luas menggunakan protokol TCP/IP diperkenalkan sebagai rangkaian perkongsian maklumat secara global. (Processor 6086,80286, 80386,80486, Pentium, Celeron, Pentium II, Pentium 111 dan Pentium 4)


Kesimpulan:

Setelah meninjau keempat-empat generasi komputer, mungkin terbayang difikiran kita tentang bagaimana bentuk komputer pada masa depan. Komputer masa depan mungkin akan berada pada generasi atau tahap kelima yang menggunakan teknologi masa depan. Dapatkah anda bayangkan bagaimana keupayaannya?


CARA MEMBUAT KABEL INTERNET


Pada zaman sekarang, jaringan bukan lagi hal yang baru. Penggunaan kabel jaringan sudah sangat luas sekali, misalnya di Sekolah, pejabat, bahkan juga dirumah. Kenapa kita masih perlu mempelajari cara membuat kabel jaringan ini? Padahal teknologi wireless tanpa wayar dikalangan masyarakat kita. Suatu hal itu tentu saja memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Teknologi wireless tanpa wayar memiliki kemampuan terbatas dalam melakukan maksimum transfer, iaitu sekitar 54 Mbps. Sedangkan menggunakan kabel sekitar 100 Mbps tentu saja menggunakan kabel jauh lebih cepat daripada wireless.
Sebenarnya membuat kabel jaringan bukanlah suatu hal yang sulit. Persiapan yang harus dilakukan adalah menyiapkan semua bahan dan peralatan yang diperlukan. Kedua kita harus tahu kabel tersebut digunakan untuk apa saja. Ketiga, kita harus mengetahui jenis-jenis kabel jaringan.
Kabel Jaringan terdiri atas 2 jenis iaitu Straight-through Cable dan Crossover Cable.
Straight-through digunakan untuk menghubungkan beberapa client dengan menggunakan bantuan hub ataupun switch. Sedangkan Crossover Cable, dapat digunakan untuk menghubungkan 2 unit clientsecara langsung (PC to PC), ataupun menghubungkan single computer dengan router, atau secara umum adalah menghubungkan 2 unit device yang berbeza.


Alat dan Bahan

Kita persiapkan bahan-bahan dan alat yang kita perlukan.


1. UTP Cable - Kabel yang akan kita gunakan untuk membuat kabel jaringan dengan jenis UTP (Unshielded Twistet Pair).

2. Konektor RJ-45 – RJ merupakan singkatan dari (Registered Jack). Merupakan konektor yang akan dipasangkan pada unjung kabel. Untuk kabel jaringan menggunakan tipe RJ45. 


3. Crimping Tool - Alat yang kita gunakan untuk memasang kabel jaringan. Peralatan ini memiliki multi fungsi, diantaranya bisa memotong kabel, membuka bungkus kabel (jacket) dan menjepit kepala konektor.

4. Cable Stripper – Digunakan untuk memotong benang halus yang ada didalam kabel dan juga bisa digunakan untuk memotong jacket pelindung kabel. Biasanya include dengan Crimping Tool. Yang jual terpisah juga ada.

5. Cable Tester – Digunakan untuk menguji hasil pemasangan kabel sudah benar atau belum. 


Cara Membuat

Siapkan kabel UTP sepanjang yang kita ingin gunakan. Yang penting harus perhatikan aturan panjang kabel, yaitu minimal 1 meter dan maksimal 100 meter. Jika lebih dari 100 meter, maka tingkat LOS (Loss of Signal) akan semakin tinggi.
Potonglah kulit luar dari kabel (jacket) kira-kira 1/2 inchi dari ujung kabel. Gunakanlah Cable Stipper untuk melakukan hal ini. Perhatikan Gambar dibawah ini. Pertama masukan ujung kabel pada bagian C, kemudian pindahkan kabel ke arah bagian A yang berfungsi untuk memotong kulit luar kabel. Setelah kabel pada posisinya, masukan jari kita ke bagian B, dan putarlah stripper sampai kulit kabel terpotong. Dlm melakukan hal ini kita harus berhati-hati, jika mengenai isi kabel didalam, maka akan terputus.



Kemudian perhatikan gambar berikut ini.


Setelah bagian luarnya kita potong, susunlah 8 kabel warna warni tersebut dengan standard yang sudah ditetapkan (standard EIA/TIA). Untuk membuat kabel Straight-through Cable kita tinggal menyusun kabel seperti gambarT568B untuk kedua ujungnya (T568B – T568B) dan untuk membuatCrossover Cable, susunlah kabel untuk ujung pertama dengan susunan pada gambar T568A dan ujung satunya lagi T568B (T568A – T568B)
Setelah tersusun dengan rapi dan sesuai dengan urutan warnanya, pastikan bahwa ujung-ujung kabel tersebut rata. Jika belum rata, potonglah dengan menggunakan Crimping Tool.



Kemudian masukkan kabel-kabel yang sudah tersusun dgn rapi ke dalam konektor RJ-45. Tekan kabel-kabel tersebut sampai mentok ke ujung dari konektor kita. Lihat kembali sebelum melangkah lebih jauh, jgn sampai ada kabel yang keluar dari jalur lempengan tembaga yang ada didalam konektor. (Catatan : Klip konektor harus menghadap kebawah).


Klip Konektor harus menghadap kebawah



Pastikan kabel sudah masuk di ujung konektor
Kemudian, masukkanlah konektor RJ-45 pada Crimping Tool dan tekanlah gagang dari crimping tool dengan cukup kuat, agar pin tembaganya menyepit dengan erat kabel UTP. Lakukan hal yang sama pada ujung satu lagi.


Tahap terakhir adalah menguji hasil kerjaan kita dengan menggunakan network cable tester. Cara penggunaannya sangat mudah sekali, masukkan kedua ujung konektor pada masing – masing port untuk RJ-45 pada tester, kemudian hidupkan testernya, perhatikan kedua bagian lampu indikator yang berjumlah 8 lampu plus 1 lampu indikator untuk grounding. Jika semua lampu hidup secara berurutan pada kedua tester, berarti pembuatan untuk jenis kabel Straight-through telah berhasil. Untuk menguji kabel Crossover Cable, lihat kembali urutan pada gambar diatas.

Hasil Pemasangan


Selesai....Selamat Mencuba!!



PERKAKASAN KOMPUTER

PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD)


Papan kekunci merupakan peranti yang selalu digunakan dan paling popular untuk memasukkan data ke dalam komputer.
TETIKUS (MOUSE)


Tetikus ialah peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau kursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata.


PENYIMPAN STORAN

Cakera keras (hard disk) merujuk kepada komponen storan capaian rawak tidak meruap yang digunakan bagi menyimpan data, yang terpasang di dalam komputer dan dapat menyimpan data dengan lebih banyak berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera mini, CD-ROM atau pita. Data disimpan dan dibaca menggunakan prinsip kemagnetan.




CAKERA LIUT (FLOPPY DISK)




CAKERA KERAS (HARD DISK)


PAPAN INDUK (MOTHER BOARD)

Papan induk, juga dikenali sebagai papan utama (mainboard MoBo) atau papan sistem (systemboard), merupakan pusat atau papan litar bercetak (printed circuit board) utama yang terdiri daripada sistem eletronik rumit, seperti komputer.

Komputer biasa dibina dengan mikropemproses, ingatan komputer utama, dan komponen asas lain pada papan induk. Komponen lain komputer seperti ruang simpan luaran (external storage), litar pengawal bagi paparan video dan bunyi, dan perkakasan persisian (peripheral device) biasanya dilekatkan pada papan induk melalui kabel atau penyambung.


RAM
Ingatan capaian rawak atau random access memory (RAM) ialah sejenis bentuk storan data komputer. Lazimnya ia merupakan gabungan beberapa litar bersepadu di atas satu modul. Modul ingatan ini kemudian dimasukkan ke slot RAM di atas papan induk. Jumlah kapasiti pada sesuatu modul RAM itu biasanya gandaan dari angka dua. Manakala unit ukuran yang digunakan untuk mengukur RAM pula ialah Megabait (MB). 1 MB bersamaan dengan 100 Kilobait (KB). Contoh kapasiti modul RAM ialah 64 MB, 128 MB dan 256 MB.






ANDA MEMPUNYAI MASALAH KOMPUTER YANG SANGAT LEMBAB...

Komputer menjadi pelahan (Lembab)????

1. Pastikan komputer anda mempunyai paling kurang 500MB ruang kosong untuk hardisk.Jika ia kurang dari 500MB, komputer anda akan menjadi pelahan akibat menjalankan tugas seperti didalam ruang yang sempit. Untuk mengatahui jumlah ruang yang kosong dalam harddisk anda,

a) Buka My Computer
b) Click Kanan pada (C:) Local Disk
c) Click Properties
d) Pada Tab General, Lihat berapakah Free Space yang ada?

2.
Jalankan Microsoft Disk Cleanup dan Defragment unruk komputer anda. Caranya:

a) Start > All Program > Accessories > System tools > Click Disk Difragmenter dan;
b) Start > All Program > Accessories > System tools > Disk Cleanup

Disk Difragmenter bertujuan untuk menyusun semula fail2 yang berselerak akibat pelbagai proses dijalankan. Seperti ibarat menyusun buku di almari.
Manakala Disk Cleanup bertujuan untuk membuang fail2 yang memang tidak digunakan seperti Temporary Internet File.

3. Tutup program yang tidak digunakan atau buang (unistall) software2 yang tidak digunakan.

4. Click Start > Search dan Click For Files or Folders. Buat carian didalam Local Disk (c). Cari fail yang bernama *.tmp. apabila selesai mencari, buang fail yang tidak digunakan.

5. Pastikan tiada error atau masalah pada Device Manager. ini bertujuan untuk mengenal pasti hardware yang digunakan adalah berjalan lancar. Untuk melihatnya:

a) Click Kanan pada My Computer, Click Properties.
b) Click Tab Hardware, Click Device Mnager.
c) pastikan tiada simbol tanda seru atau pangkah.

6. Pastikan Window XP anda sentiasa Update

7. Pastikan komputer anda mempunyai driver yang terbaru untuk hardware.

8. Pastikan komputer anda mempunyai antivirus dan sentiasa update. ini bertujuan untuk membuang virus yang sentiasa datang. Tujuan update adalah untuk membuang virus yang telah baru dicipta. Jika tidak update, komputer anda hanya dapat mengesan virus yang lama. Salah satu kesan jangkitan virus adalah komputer menjadi lembab.

9.
Jika komputer anda terjadi satu perubahan yang tidak diingini atau merosakkan system komputer, anda boleh restore system komputer anda ke masa sebelumnya.

KESAN DAN AKIBAT BILA KOMPUTER ANDA DIMASUKI VIRUS??? 



1. Komputer anda akan menjadi pelahan

Komputer anda akan menjadi pelahan kerana virus tersebut sedang melakukan kerja-kerja jahat seperti mengeluarkan iklan2 lucah, menceroboh data, merosakkan setting komputer, dan yang paling mnyedihkan membuat anda termenung dihadapan screen gelap.

2. Proses Start Up menjadi pelahan
Sebelum ni komputer anda start dengan cemerlangnya.. tetapi apabila dimasuki virus, anda boleh habis kopi panas secawan menunggu ia boleh digunakan. Virus tersebut sedang menjalankan programnya dan menganggu system anda.

3. Antivirus/ software x boleh install / update
antivirus tersebut menghalang anda menginstall antivirus, apetah lagi mengupdate. kerana takut dia akan dimusnahkan. Kadang-kadang software pun dihalangnya daripada install.

4. Folder Options hilang..
Sebelum ni saya ada memberitahu apekah folder options.. Jika kita boleh lihat hidden file, so virus tersebut akan kantoi dilihat oleh kita.

5. Registry x boleh buka.
Jika anda click Start > Run > taip regedit, virus tersebut akan menhalang anda daripada membukanya. Registry juga dapat membetulkan semula kerja kotor virus.

6. Menghalang sesetengah software daripada Print
virus tersebut mengawal printer komputer anda. virus akan menghalang anda daripada print.... Nakal betul!

7. Web Broser dipenuhi iklan-iklan dan bahan lucah.
Apabila kita buka web browser (contoh internet explorer), tetiba je keluar iklan-iklan yang tidak diingini dan mengganggu kerja kita.

8. Kita pulak yang bersalah?
Kawan kita mengatakan yang kita menghantar virus melalui e-mail atau chatting room (contoh yahoo messenger).


MARI BERSIHKAN PC...

Anda boleh menjimatkan kos membaik pulih komputer anda apabila anda membersihkan / mencuci komputer anda sendiri. Ini kerana komputer yang bersih dari habuk dan debu akan mengurangkan risiko kerosakan komputer. Kerana debu dan kotoran mempunyai sedikit kondukter static yang akan melintas arus elektrik pada komponen komputer anda.

Kadang-kadang terdapat bahan-bahan yang lagi merbahaya seperti klip kertas yang tanpa kita sedari ada dalam PC kesayangan kita. Sekarang anda nampak x petapa pentingnya membersihkan PC. paling malas pun sebulan sekali la.. Opss... lagi satu, debu yang tebal juga akan menyebabkan suhu komputer anda meningkat. suhu yang panas juga akan merosakkan komputer.So... 

 SAYANGILAH PC ANDA.














Untuk membersihkan PC, ikut langkah2 ni:

1. Jangan letak komputer anda diatas lantai. letakkan di atas meja yang bersih dan kering. pastikan juga luas dan senang untuk meletakkan skru.
2. Off computer, Unplug kan semua cable2.
3. Sediakan alas untuk isi kotoran, jika anda tidak mahu mengotorkan meja.
4. Pastikan keadaan sekeliling tidak basah atau bertiup angin yang kuat.
5. Anda boleh gunakan pembersih vakum yang kecil (jangan gune vacum lantai umah!)
6. Gunakan penyembur angin jika ada.
7. Jangan sesekali membersihkan komponen menggunakan kain yang lembab. (kononnya nak bagi kilat).
8. Berhati-hati ketika hendak minum atau makan sekitar komputer. kalau boleh, jauhkan.



Logon Screen XP Bermasalah ???

(Uninstall Client Service for NetWare)


1
Client Service for NetWare?  Kenapa mesti di unsitall? Client Service for NetWare mengakibatkan hilangnya Welcome Screen dengan ditandai login screen berubah. Begitu juga dengan proses shutdown komputer berubah.
Jika Anda menghidupkan komputer dengan Windows XP, biasanya Anda menemukan welcome screen ketika akan masuk ke Windows.
2 
Namun, ketika Client Service for NetWare terinstall pada komputer, jendela login screen berubah. Jendela login yang biasanya tidak meminta Anda memasukkan username dan password, kini malah meminta username dan password. Padahal Anda tidak pernah menggunakan password.
Jendela Welcome screen yang meminta user name dan password
Begitu juga dengan proses shutdown atau restart berubah. Biasanya begitu Anda mengklik tombol Shutdown pada start menu, Windows akan memberikan sebuah pilihan Standby, Shutdown atau Restart. Anda tinggal mengklik salah satu icon pada jendela pilihan tersebut.

Namun, ketika Client Service for NetWare terinstall, proses tersebut berubah, Anda akan melihat sebuah jendela dan mesti memilih Shutdown pada sebuah dropdown box dan klik butang OK. Setelah itu, Windows baru mulai melakukan Shutdown.
4

Untuk merubah cara shutdown, restart atau log off Windows XP, biasanya Anda bisa melakukannya melalui User Account. Pada jendela User Account klik tulisan "Change the way user log on or off". Namun, ketika Client Service for NetWare masih terinstall, akan muncul sebuah pesan yang menyatakan Client Service for NetWare menonaktifkan Welcome Screen dan Fast User Switching. 
5
Pada jendela selanjutnya, dimana Anda biasanya bisa memberikan tanda cek pada pilihan, use the welcome screen untuk mengaktifkan Welcome Screen, namun jendela logon options tidak aktif.
6
Jendela logon option yang tidak aktif ditandai dengan tampilan yang transparan
Berdasarkan masalah  diatas, agar kita dapat mengembalikan welcome screen pada Windows XP, Anda mesti melakukan Uninstall Client Service for NetWare. Bagaimana caranya? Ikuti langkah-langkah berikut:
  1. Buka Contorl Panel »» Network and Internet Connections »» Network Connections.
  2. Pada jendela Network Connections, klik kanan icon Network adapater Anda. Biasa bertuliskan Local Area Connection. Kemudian pilih Properties. 

    7
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

  3. 8
    Pada jendela Properties, pilih Client Service for NetWare dan klik tombol Uninstall. Jika muncul sebuah dialog
    klikYes.                                                                                                                                                                                                                      
  4. Setelah proses selesai, Anda akan diminta untuk me-restart komputer. Klik Yes untuk melakukan Restart.
  5. Setelah komputer Restart, masuk ke Control Panel »» User account.

  6. 9
    Pada jendela User Account, klik tulisan "Change the way user log on or off".                                                                                                                                                                                                                                                                
  7. Di jendela selanjutnya, berikan tanda cek pada "Use the Welcome screen" dan "Use fast user switching". Biasanya pilihan kedua ini akan langsung tertandai jika Anda menandai "Use the Welcome screen" tadi.                                                                                                                                                      
  8. Restart Komputer untuk mengetahui apakah semuanya berhasil? Jika Welcome Screen telah kembali dan Anda tidak menemukan jendela login yang klasik lagi, so da normal balik. 
10
Pastikan fitur Client Service for NetWare tidak digunakan oleh aplikasi apapun. Jika Anda melakukan uninstall Client Service for NetWare, mungkin mengakibatkan aplikasi tersebut tidak berjalan.

Namun jika Client Service for NetWare tidak ditemukan pada jendela Properties Local Area Connection maka anda dapt menginstall Client Service for NetWare terlebih dahulu.
Setelah anda mereboot computer/laptop anda, buka Network Connections kembali dan uninstall Client Service for NetWare kemudian kumputer akan mereboot kembali dan selanjut'a ikuti cara dari tahap 5 hingga selesai.

Selamat Mencuba yer..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...