enjoy

Thursday, April 19, 2012

SSQS 2012

TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA SEKOLAH YANG MENDAPAT 5 BINTANG PADA TAHUN 2011.DIHARAP SEKOLAH KAMI AKAN MENDAPATKANNYA PADA TAHUN AKAN DATANG.

Bahan Slaid Kelestarian Pembestarian

Monday, April 9, 2012

PENAMATAN PERKHIDMATAN SCHOOLBROADBAND

Diminta sekolah yang menerima perkhidmatan 1Bestarinet Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah menamatkan perkhidmatan school broadband dengan membuat permohonan penamatan  tersebut kepada Telekom Malaysia Berhad. Sekolah yang gagal berbuat demikian pihak PPD Alor Gajah tidak akan bertanggungjawab untuk membuat pembayaran.



Friday, March 23, 2012

PENGUMUMAN YAB PM (MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS PENJAWAT AWAM)

Pengumuman YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia Sempena MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS PENJAWAT AWAM BERSAMA YAB PERDANA MENTERI Pada 08 Mac 2012 (Khamis) 9.30 Pagi Bertempat Di PICC, Putrajaya.

PENGUMUMAN YAB PM

PEPERIKSAAN UMUM JPA

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK UTAMA (UMUM) YANG DIKENDALIKAN OLEH PIHAK JPA BAGI SESI 2 TAHUN 2012

Adalah dimaklumkan bahawa semua calon lantikan SPP  dari Gred 17-26 yang belum menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Utama (UMUM) supaya memohon secara atas talian
https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/


Sebelum 30 Mac 2012 (Jumaat) bagi menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Utama Bagi Kumpulan Sokongan Yang Setaraf Kumpulan C dari Gred 17 hingga Gred 26 Sesi 1 Tahun 2012 yang dikendalikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).




Thursday, January 5, 2012

Garis Panduan Pemasangan Internet

KEBENARAN KEPADA PIHAK SEKOLAH UNTUK MEMILIH DAN MEMASANG PERKHIDMATAN INTERNET Ditulis oleh Unit ICT PPDAG

Rabu, 28 Disember 2011 15:47 - Terakhir dikemaskini Rabu, 28 Disember 2011 15:58
Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memutuskan bahawa semua sekolah di bawah
pengurusan KPM adalah dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatan internet dengan
pembekal perkhidmatan sedia ada atau memilih mana-mana Penyedia Perkhidmatan Internet
(ISP) lain bagi mendapatkan sumbangan perkhidmatan internet di sekolah pada tahun 2012
sehingga projek Perkhidmatan 1 BestariNet
dilaksanakan di sekolah masing-masing.
Berikut dilampirkan Surat Siaran Untuk Memilih dan Memasang Perkhidmatan Internet dan
Garis Panduan Pemasangan Internet.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...