enjoy

PROFIL


         SJK (C) Machap Umboo telah didirikan pada tahun 1945. Ketika itu, jumlah murid cuma 30 orang sahaja, dimuatkan dalam 2 buah bilik darjah yang kelihatan amat buruk sekali. Pada tahun 1953, bilangan murid yang semakin bertambah itu telah menyebabkan kekurangan bilik darjah. Oleh yang demikian, Lembaga Pengurus Sekolah dan pemimpin-pemimpin tempatan telah menderma untuk menjayakan pembinaan 4 buah bilik darjah yang baru. Walau bagaimanapun, bilangan murid terus meningkat tahun demi tahun.

Pada awal tahun 1970, disebabkan jumlah murid yang bertambah dengan pesat sekali, kelas sesi pagi dan sesi petang itu tidak lagi dapat menampung murid yang kian bertambah itu. Oleh yang demikian, Pejabat Pendidikan Melaka telah mengizinkan pembinaan 4 buah bilik darjah yang baru. Sebelum kerja pembinaan dapat dimulakan, pihak sekolah telah dimaklumkan bahawa Lembaga Air Melaka akan membina sebuah empangan yang berhampiran dengan kampung ini. Oleh itu, kerja pembinaan itu terpaksa ditangguhkan buat seketika.
       
     Pada tahun 1977, pihak sekolah telah dibekalkan dengan peruntukkan kerajaan yang berjumlah 152 ribu ringgit dan sebidang tanah yang seluas 5 ekar untuk dibina sebuah bangunan sekolah yang bertingkat yang mengandungi 8 buah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar, sebuah bilik guru , dan sebuah kantin. Kawasan sekolah juga telah dipagari. Jumlah bilik darjah sebanyak 12 kelas manakala jumlah murid seramai 385 orang.



      Pada tahun 1979, sebuah gelanggang bola keranjang yang bersimen telah siap dibina. Untuk membolehkan semua murid belajar pada sebelah sesi pagi, pada tahun 1980, Lembaga Pengurus Sekolah telah berjaya memungut wang sebanyak 23 ribu ringgit. 3 buah bilik darjah baru dapat dibina di tapak sekolah pada bulan April, tahun 1979. Kini , semua murid dapat belajar pada sebelah pagi. Sekolah kami telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, iaitu Datuk Chan Siang Sun yang juga turut merasmikan pameran lukisan dan ABM.

Pada tahun 2009 ,di bawah Rancangan Malaysia ke-9 ,sekolah telah diberi peruntukan sebanyak RM1.8 juta untuk membina sebuah bangunan dua tingkat Pendidikan Khas dan sebuah bangunan Pra-sekolah yang baru. Tingkat bawah bangunan baru merupakan bilik Pendidikan Khas, manakala tingkat atas tersebut disediakan empat buah bilik darjah dan sebuah makmal Sains. Pihak sekolah merupakan satu-satunya sekolah yang mempunyai kemudahan Pendidikan Khas SJK(C) di kawasan Alor Gajah buat masa kini. Pembinaan kedua-dua bangunan ini disiapkan dalam masa 16 bulan

Kini,SJK ( C ) Machap Umboo mempunyai bilangan murid seramai 187 orang ,manakala bilangan guru 17 orang termasuk guru besar dan 7 orang staff sokongan.Sekolah ini mendapat Band Prestasi 3 dalam Program Pembangunan Prestasi Sekolah.



Lencana Sekolah SJK ( C ) Machap Umboo


Biru       -  Perpaduan 
Kuning - Berdaulat 
Merah - Berani 
Putih - Kebersihan diri dan jiwa 
Obor - Ilmu menerangi kehidupan 
Buku - Tekun Belajar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...